Colourful Life :)

Colourful Life :)

ICT Dalam Pendidikan-Mobile Learning(M-Learning)

                      Pada era yang serba maju dan moden, kita tidak dapat lari daripada kecanggihan 
teknologi yang semakin berkembang. Perkembangan pendidikan daripada kaedah tradisional hingga ke Pembelajaran Berasaskan Masalah atau “Problem Based Learning” masih diperkatakan hingga kini. Di Malaysia, Mobile Learning atau selepas ini dipanggil M-Learning boleh dikatakan masih baru dari segi implementasinya. M-Learning merupakan suatu konsep baru dalam proses pembelajaran. Ianya menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku.Teknologi mudah alih seperti rangkaian tanpa wayar (Wi-Fi), hotspot, telefon mudah alih 3G (Third Generation), personal data assistants  (PDA) atau palm talk, komputer riba, PC tablet dan sebagainya menjadi ‘kegilaan’ bagi golongan remaja dan dewasa. Di institusi pengajian tinggi, ianya seolah-olah dilihat sebagai keperluan bagi seseorang pelajar. Daripada membuat tugasan bagi sesuatu kursus  hinggalah kepada menilai pengajaran pensyarah, ramai yang menggunakan komputerriba. Daripada menelefon ibu bapa hinggalah membuat temu janji dengan pensyarah, ramai yang menggunakan telefon mudah alih. Di sini dapat dilihat bahawa teknologi ini mempunyai kaitan rapat dengan suasana pendidikan di Malaysia.

              Pembelajaran secara M-Learning telah terbukti keberkesanannya di negara luar dan kini telah mula perkenalkan di Malaysia di mana terdapat beberapa institusi pengajian tinggi telah mengintegrasikan teknologi ini dalam kurikulum pengajaran mereka. Perkongsian nota di antara pelajar telah dimudahkan dengan adanya alatan mudah alih seperti PDA di kalangan pelajar. Mereka tidak perlu lagi duduk di hadapan komputer peribadi untuk memuat turun nota. Ianya telah dimudahkan dengan hanya menggunakan internet yang disediakan oleh pembekal perkhidmatan telefon mudah alih yang dilanggani. Oleh yang
demikian, memuat turun nota boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Faedah daripada M-Learning

1. M-Learning membantu pelajar meningkatkan kemahiran literasi dan numerik untuk mengenalpasti     keupayaan sebenar mereka.
2. M-Learning boleh digunakan untuk menggalakkan kedua-dua pengalaman pembelajaran bebas dan   pengalaman pembelajaran perkongsian (collaborative learning)
3. M-Learning dapat membantu pelajar mengenalpasti perkara-perkara yang memerlukan bantuan dan sokongan.
4. M-Learning dapat membantu dalam memperjuangkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta dapat membantu mengurangkan jurang di antara literasi telefon mudah alih dengan literasi teknologi maklumat
5. M-Learning membantu pelajar menolak beberapa formaliti daripada pengalaman pembelajaran
6. M-Learning membantu pelajar dalam  mengekalkan fokus pembelajaran untuk jangka masa yang lebih   panjang.
7. M-Learning membantu meningkatkan self-esteem
8. M-Learning membantu meningkatkan  keyakinan diri (Attewell, 2005)


Cadangan untuk memperbaiki M-learning :

1) Pendidikan berteraskan M-Learning sememangnya sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Paradigma kita berkenaan teknologi yang baru ini perlulah diubah supaya ianya dapat direalisasikan. Kemudahan  kaedah pendidikan yang serba moden dan mudah alih ini perlulah diuji secara kolektif untuk memastikan pelajar kita khususnya di peringkat pengajian tinggi dapat merasai keseronokan pembelajaran di mana-mana sahaja tanpa dibatasi had, tempat dan waktu. Pendedahan yang terhad kepada teknologi mudah alih perlulah ditamatkan dengan mengadakan kelas khusus berkenaan teknologi ini. Oleh itu peluang pelajar untuk memahami kuasa teknologi dapat dipertingkatkan. Pendedahan awal khususnya kepada pelajar tahun pertama di universiti
amat penting bagi memastikan pelajar dapat memahami dan seterusnya mengadaptasi kaedah pembelajaran M-Learning di sepanjang pengajian mereka.
     
2) Tidak dinafikan banyak masalah akan timbul khususnya untuk mengintegrasikan M-Learning dalam persekitaran pembelajaran semasa di institusi pengajian tinggi.Namun sekiranya dibei perhatian yang serius, masalah yang timbul dapat diatasi dengan mudah. Peranan semua pihak khususnya pensyarah dan pelajar perlu diambil kira sepenuhnya agar masalah yang timbul dapat diatasi. Lazimnya, untuk memulakan
penggunaan pembelajaran secara elektronik, terdapat pelbagai masalah yang perlu ditempuhi dan diatasi sebelum ianya seratus peratus berjaya dilaksanakan. Begitulah juga halnya dalam merealisasikan penggunaan M-Learning kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

3) Faedah-faedah yang dapat diperolehi dengan penggunaan M-Learning boleh dijadikan motivasi dalam menjayakan kaedah pengajaran terbaru ini. Kesannya kepada masa depan pelajar adalah terbukti di luar negara dan itulah kunci kejayaan yang perlu diambil kira untuk merealisasikan kaedah pengajaran dan pembelajaran M-Learning. Di Malaysia, kita harus merebut peluang yang terdapat dalam M-Learning untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran generik yang seharusnya
ada dalam diri setiap graduan universiti dan kolej di Malaysia.
     
4) Kajian yang meluas boleh diadakan khususnya dalam mengatasi masalah yang telah dikenalpasti serta menambah baik peluang sedia ada bagi memantapkan MLearning di Malaysia. Persekitaran pendidikan di Malaysia mungkin berbeza berbanding negara luar, untuk itu kajian persekitaran dan budaya pembelajaran boleh dilaksanakanuntuk merealisasikan kemantapan M-Learning. Kajian yang meluas dalam bidang ini sudah pasti dapat membangunkan sektor pendidikan secara keseluruhan khususnya di institusi pengajian tinggi.

3 comments:

  1. hye...
    Isu yang anda bincangkan tentang M-learning menarik dimana saya juga dapat mengenali dengan lebih teliti tentangnya. cadangan yang telah dibincagkan oleh anda juga agak baik dan ia perlu dipraktikkan.

    kokilavaani ravindran
    A129659
    FSSK
    En.Mohd Jasmy bin Abdul Rahman

    ReplyDelete
  2. M-learning ini memang perlu dipraktikkan dengan lebih serious pada masa kini. ini kerana teknologi sebegini telahpun berkembang tetapi terdapat banyak kekurangan dimana ramai pengguna tidak pandai menggunakannya dengan baik terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Isu ini amat bagus untuk digunakan dan perlukan persamaan dari pelbagai pihak.

    Subhatra a/p Anantha Rao
    A129602
    FSSK
    En.Mond Jasmy bin Abdul Rahman

    ReplyDelete
  3. Hai,

    Isu yang saudari kemukakan sememangnya penting bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di negara kita. Ia dimana sistem ini dapat mempertingkatkan lagi tahap pembelajaran negara kini. Maka, para pelajar harusnya disedarkan tentang fungsian M-learning agar mereka memahami dan mengamalkannya secara menyeluruh.. ^-^

    JAYANTHI A/P MURUGASAN
    A128962
    JAY_UKM@YAHOO.COM

    ReplyDelete